Tuesday, May 20, 2008
Jadilah Insan Berjiwa Besar
Bagaimana menjadi insan berjiwa besar? Sedangkan jiwa itu sesuatu yang abstrak dan subjektif. Jawapannya mudah sahaja. Tetapkan matlamat hidup, bagaimana mencapainya dan keperluan yang perlu di bawa. Mudah bukan? Semudah output (matlamat hidup) , proses (bagaimana mencapainya) dan input (keperluan yang perlu di bawa).
Adakah kita mempunyai tujuan hidup yang jelas seperti A man with a mission? Lihat http://www.youtube.com/watch?v=8kGJ2Lg6zOk
Atau sekadar memenuhi 5 rukun hidup iaitu makan, minum, tidur, bekerja dan berkahwin hingga akhirnya terbaring di penghujung usia menanti maut?
Ayuh, merilah kita menjadi insan berjiwa besar dengan mengetahui maksud dan tujuan hidup! Bagaimana mungkin untuk mengenal tujuan hidup jika minda tidak diasak untuk bertanya soalan penting;
Siapakah Aku?
Mengapa Aku disini?
Kemana halatujuku?
Bukankah kehidupan yang tidak ditentukan arahnya ialah kehidupan yang tidak tentu arah?
Justeru, apa tujuan dan halatuju hidup anda?
Keprihatinan anda biarpun hanya bernilai sebuku roti, amat bermakna buat sama membangunkan laman ini. People dont care how much U know until THEY know how much U care.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment